Personal Accident

Apakah itu rider kemalangan diri?

Merupakan salah satu bentuk bantuan di saat memerlukan. Sekelip mata, satu kesilapan, satu kecuaian, anda mungkin mendapati diri anda sengsara dari segi fizikal dan kewangan sepanjang hayat anda.Dengan adanya rider kemalangan ini anda ada sumber kewangan ketika menghadapi saat yang menyeksakan.

Kemalangan Diri Dipertingkat (EPA)* – Menyediakan anda skop perlindungan yang luas seperti kematian, kudung, hilang upaya dan pembayaran ganti perubatan.

Pelan Lengkap Early Critical Illness (CI)

Pelan Lengkap Early CI AATB adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif dengan menyediakan faedah-faedah bayaran awal untuk para pelanggan yang mencari perlindungan terhadap penyakit kritikal walaupun di peringkat awal. Dapatkan perlindungan sehingga 92 jenis peristiwa penyakit-penyakit kritikal dengan pelan lengkap Early CI. 

Setiap manusia yang hidup dimukabumi ini terdedah dengan menghadapi risiko pelbagai penyakit. Antara penyakit-penyakit berikut adalah peyakit dikategorikan kritikal. Didalam konteks insuran, ia disenaraikan dalam 36 kategori seperti yang tertulis senarai di bawah.

Tujuan asas polisi perlindungan 36 penyakit kritikal adalah untuk memberi perlindungan kewangan pada diri kita. Jika ditakdirkan diri kita didagnosis dengan salah satu dari 36 penyakit tersebut, AIA akan membayar sejumlah pampasan pada anda (bergantung pada jumlah sum assured).


36 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Di Dalam Polisi AIA Takaful
Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi.

Kebiasaannya anda tidak dilindungi oleh polisi hospital syarikat jika anda menghidap penyakit-penyakit di bawah. Syarikat hanya melindungi pelan hospital dan pembedahan sahaja. 
  1. Koma 
  2. Lumpuh
  3. Kanser
  4. Strok
  5. Serangan jantung
  6. Penyakit arteri koronari
  7. Penyakit arteri koronari yang serius
  8. Pengantian injap jantung
  9. Pembedahan aorta
  10. Kardiomiopati
  11. Ensefalitis
  12. Tumor otak benigna
  13. Meningitis bakteria
  14. Penyakit neuron motor
  15. Penyakit parkinson
  16. Penyakit aizheimer
  17. Poliomielitis
  18. Sklerosis berbilang
  19. Sindrom apalik
  20. Hilang keupayaan diri
  21. Hilang perlihatan
  22. Hilang pendengaran
  23. Hilang pertuturan
  24. Anemia aplastik
  25. Trauma kepala utama
  26. Luka terbakar teruk
  27. Pemindahan organ utama
  28. Kegagalan buah pinggang
  29. Penyakit hati kronik
  30. Hepatatis virus fulminan
  31. Angioplasti
  32. Hipertensi pulmonari arterial primer
  33. Pembedahan otak
  34. Lumpuh paraplegia
  35. Penyakir paru paru kronik 
  36. Distrofi otot 

Elite Lady (Perlindungan Khas Untuk Kanser Organ Wanita)

Perkasakan diri apabila anda mendapat perlindungan secukupnya dengan faedah - faedah Takaful daripada penyakit-penyakit dan komplikasi berkaitan dengan wanita wanita. Rider Elite Lady memberikan anda perlindungan terhadap sebarang kanser organ wanita termasuk juga penyakit-penyakit lain, rawatan-rawatan dan komplikasikomplikasi yang berkaitan dengan wanita.

Bagaimana rider Elite Lady berfungsi?
Elite Lady adalah rider yang boleh dilampirkan kepada pelan A-Mas. Rider Elite Lady AATB menyediakan sekaligus Jumlah Dilindungi yang tertentu apabila Orang Dilindungi Wanita didiagnos menghidap salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut:
  1. Faedah Kanser Organ Wanita 
    • Payu Dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Vagina atau Ovari 
  2. Faedah Systemic Lupus Erythematosus 
  3. (S.L.E.) dengan Lupus Nephritis 
  4. Faedah HIV Yang Disebabkan oleh Transfusi Darah 
  5. Faedah Karsinoma-in-situ Serviks; atau Faedah Payu Dara 
  6. Faedah Kesejahteraan Mental 
    • (Psikoterapi untuk kematian pasangan yang sah atau anak yang sah) 
  7. Faedah Wang Tunai Belas Ihsan bagi Mangsa Ragut 
  8. Faedah-Faedah Rawatan 
    • Faedah Artritis Reumatoid Teruk
    • Faedah Keretakan Osteoporotik - Pinggul atau Vertebra
    • Faedah Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kanser Kulit
    • Faedah Pembedahan Pembentukan Semula Wajah akibat Kemalangan
    • Faedah Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kemalangan
    • Faedah Pembedahan Organ Pembiakan Wanita akibat Kanser (Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Virgina dan Ovari)
    • Faedah Lumpektomi Payu Dara (disebabkan Kanser Payu Dara)
    • Faedah Mastektomi (disebabkan Kanser Payu Dara)
    • Faedah Pembedahan Pembentukan Semula Payu Dara (disebabkan Kanser Payu Dara) 
  9. Faedah-Faedah Materniti 
    1. Faedah Komplikasi Kehamilan 
      • Koagulasi Intravaskular Tersebar
      • Kehamilan Ektopik
      • Kehamilan Molar/Anggur
      • Eklampsia 
    2. Faedah Kematian: 
      • Faedah Kematian Orang Dilindungi ketika melahirkan anak
      • Faedah Kematian bayi tidak cukup bulan
      • Faedah Anomali Kongenital 
    3. Faedah Anomali Kongenital 
      • Sindrom Down
      • Spina Bifida
      • Tetralogi Fallot
      • Sumbing Lelangit
      • Kecacatan Septum Ventricular
      • Septum Atrium Berlubang
      • Ductus Arteriosus Terbuka
      • Kembar Siam

A-Prima Pelan Perlindungan


What is A-Prima about?
A-Prima is a regular contribution family takaful plan that provides takaful protection up to age 99 of the person covered. A range of optional benefits is available to be attached to the family takaful plan to further enhance the takaful coverage.
How this plan works?
The contribution paid for the plan will be allocated to the Participant’s Account after the deduction of Wakalah Fee, which is the upfront fee deducted as a percentage of the contribution paid. The Tabarru‘ Charges will be deducted monthly from the Participant’s Account and dripped into the Participant Risk Fund. The Participant Risk Fund will be used for mutual aid and assistance based on the concept of Takaful. If the Participant Risk Fund is insufficient to pay for the takaful benefits, the Takaful Operator will make good of the insufficiency by providing a benevolent loan (Al-Qard Al- Hasan) and this amount will be paid to the Takaful Operator with no profit once the Participant Risk Fund becomes sufficient, before any distribution of underwriting surplus.

What are the covers / benefits provided?
  • Death benefit 
    • If the person covered dies before the maturity date of the certificate and while this certificate is in force, the higher of the sum covered or the value of the Participant’s Account (Participant’s Account Value) on the date of death shall be payable.
  • Total and Permanent Disability (TPD) benefit 
    • If you suffer from total and permanent disability before age 60, the higher of TPD sum covered or the Participant’s Account Value shall be payable. If the total and permanent disability benefit is TPD sum covered, a lump sum amount which is advanced from 100% of TPD sum covered or 10% of the TPD sum covered in each of the first two years, followed by the remaining 80% in the third year, depending on the nature of the disability, will be payable.

  • Maturity benefit 
    • If the certificate is in force and the person covered is then alive on maturity date, the Participant’s Account Value shall be payable.

Am I allowed to attach any riders to this plan?
You have an option to further enhance your takaful coverage by adding extra coverage from our range of optional benefits below :
  • Critical Illness 
    • The sum covered of the critical illness benefit is payable in one lump sum upon diagnosis of specific illnesses to help you cope with the extra medical cost.
  • Critical Illness Waiver of Contribution 
    • Waive and pay the regular contribution for the basic certificate on behalf of participant in the event the person covered is diagnosed to be suffering from any one of the specified critical illness or undergoes a covered surgery.
  • Personal Accident 
    • Coverage is provided for death or injuries resulting from an accident.

  • Hospitalization and Surgical 
    • Coverage is provided by assisting you in coping with the medical expenses incurred in times of hospitalization.
 Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.

A-EduSmart Pelan Pendidikan


Anak adalah asset kita yang paling berharga. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab untuk melindungi dan memastikan anak kita akan mencapai impian dan cita-cita mereka. Hari ini, selain daripada menyediakan keperluan asas, kita turut berperanan untuk memupuk dan menjadi mentor kepada mereka. Dan setiap peranan yang kita lakukan memerlukan kita untuk merancang dan bersedia untuk hari esok.

Kami tahu sebagai ibubapa, matlamat peribadi anda adalah untuk memastikan anak anda mendapat semua peluang untuk memenuhi potensi mereka yang sebenar dan berjaya dalam kehidupan. Demi untuk melindungi aset berharga ini, anda harus membuat perancangan awal untuk menjamin masa depan anak anda dengan menyediakan pendidikan yang mencukupi sehingga ke peringkat pembelajaran yang tertinggi.
 
Pada masa kini, pembelajaran sistematik bermula dari awal untuk membantu anak anda meluaskan pemikiran agar mereka lebih berdaya saing. Dengan kata lainnya, ibubapa kini perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk tempoh masa yang lebih panjang untuk membayar bil pendidikan anak mereka. Ini boleh menyebabkan penyusutan kewangan yang ketara kepada mana-mana keluarga.

Ibubapa boleh menyelesaikan isu ini dengan mewujudkan dana untuk menampung kos pendidikan peringkat tinggi yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Dalam membuat perancangan untuk pendidikan anak anda, anda mungkin mahu mempertimbangkan soalan-soalan mudah tetapi penting seperti berikut:
  • Berapa jumlah perbelanjaan yang anda perlukan untuk menampung kos pendidikan anak anda?
  • Apakah tahap pendidikan atau kursus yang anak anda mahu ikuti?
  • Adakah sumber dana yang sedia ada mampu menampung kos pendidikan tersebut?
  • Adakah pelan sedia ada anda cukup fleksibel untuk mengatasi ketidaktentuan hidup?

Sepintas lalu dengan A-EduSmart
Faedah-faedah Penting dalam A-EduSmart
A-EduSmart adalah pelan simpanan dan perlindungan fleksibel yang dapat melindungi anak anda dari ketidakpastian hidup. A-EduSmart boleh membantu untuk mencapai keperluan-keperluan berikut:
  • Membentuk Dana
    1. Pelan Berkaitan Pelaburan ~ Menyimpan secara teratur apabila anda membayar caruman dan nikmati potensi pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda.
    2. Faedah Matang ~ Apabila mencecah tempoh matang, baki Nilai Akaun1 akan dibayar.
  • Nikmati Perlindungan Takaful
    1. Faedah Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) ~ Apabila berlaku Kematian atau TPD ke atas Orang Dilindungi, jumlah perlindungan asas dan Nilai Akaun akan dibayar. Jika Orang Dilindungi adalah seorang kanak-kanak, jumlah perlindungan asas akan dibayar menurut Peratusan Juvenil Lien seperti dibawah:
    2. Rider-rider yang boleh disertakan ~ Anda boleh meningkatkan perlindungan anak anda dengan menambah rider-rider kepada pelan asas A-EduSmart. Pilih mana-mana daripada rider-rider berikut untuk menikmati perlindungan Takaful yang lebih menyeluruh.
      • Rider Penyakit Kritikal
      • Rider A-Medik
      • Rider Faedah Pencarum Yang Ditingkatkan
      • Rider Penepian Caruman
      • Faedah Kemasukan Hospital Seumur Hidup
      • Faedah Pencarum Bersama Dipertingkatkan
  • Penerimaan Bantuan Tunai 
    1. Bayaran Pendidikan - Terdapat faedah bayaran tahunan selama 5 tahun bermula dari umur 18 ke atas untuk menyara yuran-yuran pengajian seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah: 
                    Bayaran Pendidikan ini akan dibayar daripada Dana Pelaburan Peserta.
  • Faedah Lain 
    1. Pelepasan Cukai - Sumbangan yang dibayar bagi pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan takaful/insurans di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ciri-ciri Penting dalam A-EduSmart
 
Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.

Family Package

Contoh Harga Pelan Takaful Keluarga (Package):

A. TAKAFUL KELUARGA: RM452.00 / bulan (LELAKI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM100,000 (Pencarum)
  2. Critical Illness - RM50,000 (Pencarum)
  3. Waiver Contribution - RM5,424 / setahun (Pencarum)
  4. Faedah Hospital - RM100 / sehari
  5. Investment - RM131,000 (30 years)
  6. Medical Card: (seluruh keluarga - max 4 anak)

B. TAKAFUL KELUARGA: RM313.00 / bulan (LELAKI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM6000 (Pencarum)
  2. Investment - RM67,00 (30 years)
  3. Medical Card: (seluruh keluarga - max 4 anak)

C. TAKAFUL PASANGAN: RM363.00 / bulan (SUAMI @ ISTERI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM100,000 (Pencarum)
  2. Critical Illness - RM50,000 (Pencarum)
  3. Waiver Contribution - RM4,356 / setahun (Pencarum)
  4. Faedah Hospital - RM100 / sehari
  5. Investment - RM130,000 (30 years)
  6. Medical Card

D. TAKAFUL PASANGAN: RM234.00 / bulan (LELAKI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM6000 (Pencarum)
  2. Investment - RM68,00 (30 years)

E. TAKAFUL SUAMI + ANAK: RM321.00 / sebulan (SUAMI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM100,000 (Pencarum)
  2. Critical Illness - RM50,000 (Pencarum)
  3. Waiver Contribution - RM3,852 / setahun (Pencarum)
  4. Faedah Hospital - RM100 / sehari
  5. Investment - RM87,000 (30 years)
  6. Medical Card: (suami & max 4 anak)

F. TAKAFUL SUAMI + ANAK: RM198.00 / sebulan (SUAMI - 30 TAHUN, TIDAK MEROKOK)
  1. Death benefit - RM6000 (Pencarum)
  2. Investment - RM33,00 (30 years)
  3. Medical Card: (seluruh keluarga - max 4 anak)

G. TAKAFUL INDIVIDU: RM146.00 / bulan (PEREMPUAN - <1 TAHUN)
  1. Death benefit - RM300,000
  2. Critical Illness - RM100,000
  3. Waiver Contribution - RM1,752 / setahun
  4. Faedah Hospital - RM100 / sehari
  5. Investment - RM19,000 (18 years), RM43,000 (30 years) & RM115,000 (60 years)
  6. Medical Card

A-Excel Pelan Perlindungan dan Simpanan



Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut.

Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.


Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.


Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
  • Faedah Kematian 
    • Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta (“Nilai Akaun Peserta”) akan dibayar.
  • Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) 
    • Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua (2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.
  • Faedah Kematangan 
    • Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang.  

Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?

Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami di bawah :
  • Faedah Kehidupan 
    • Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.
    • Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM200,000, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM20,000. Sehingga tahun ke 20. Atau perlindungan minima RM30,000 anda boleh mendapatkan RM3,000 setiap 2 tahun secara konsisten.
  • Penepian Caruman Penyakit Kritikal 
    • Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.
  • Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI) 
    • Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.

Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000.

Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan menyimpan sekarang disamping melindungi diri anda dengan AIA AFG Takaful. 


Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.


A-MAS Pelan Perlindungan dan Berkaitan Pelaburan

 
Perlindungan dan kewangan anda perlu diubah apabila anda melalui tahap kehidupan yang berbeza. Memperkenalkan A-Mas, pelan perlindungan takaful berkaitan-pelaburan (ILT) caruman tetap yang menyediakan perlindungan takaful yang komprehensif melalui pelbagai jenis faedah. Ini akan membantu anda menguruskan perubahan dan ketidaktentuan dalam setiap tahap kehidupan anda. Pelan ini juga akan membantu anda untuk mengumpul pendapatan anda dengan mudah dalam tempoh jangka panjang. Selain itu, ia menawarkan fleksibiliti pelaburan di mana anda dibenarkan untuk memilih dana pelaburan syariah sesuai dengan risiko anda sendiri.

Apakah itu A-Mas?
A-Mas adalah pelan ILT caruman tetap yang menawarkan kombinasi yang terdiri daripada perlindungan takaful dan pelaburan. Pelbagai jenis faedah yang boleh dipilih dengan melampirkan bersama pelan takaful berkaitan-pelaburan bagi menambahkan perlindungan takaful.

Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
  • Faedah kematian
    • Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah yang dilindungi dan Nilai Akaun akan dibayar.  
  •  Faedah hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) 
    • Apabila anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, anda akan menerima bayaran hilang upaya dalam jumlah sekali gus yang didahulukan daripada 100% amaun perlindungan TPD atau 10% daripada amaun perlindungan TPD dalam setiap dua tahun pertama, diikuti dengan baki 80% lagi dalam tahun ketiga, bergantung pada jenis hilang upaya itu.
  • Faedah Kematangan 
    • Jika sijil masih berkuatkuasa dan orang dilindungi masih hidup pada tarikh matang maka Nilai Akaun akan dibayar.
  • Dua tahun Perlindungan Berterusan 
    • Sijil ini akan memberi perlindungan yang berterusan selama 2 tahun yang pertama sijil jika Nilai Akaun tidak mencukupi untuk membayar Caj Tabarru‘ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.
 Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.

A-Medik – Pelan Perubatan Takaful untuk ANDA dan KELUARGA


Kos kemasukan hospital dan pembedahan di Malaysia kini semakin melambung tinggi dan semestinya ANDA perlu mengeluarkan belanja yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan dan khidmat perubatan yang baik. Tanpa perancangan kewangan yang sempurna, ramai yang terpaksa mengambil jalan keluar dengan membiayai perbelanjaan perubatan mereka menggunakan kemudahan pinjaman atau kredit.


ANDA tidak perlu menjadi sebahagian daripada statistik ini. Kuasai hidup ANDA dan bersiap-sedialah dengan perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang secukupnya, kerana ANDA dan KELUARGA pasti memerlukannya suatu hari nanti.

Adakah ANDA mampu membayar bagi mendapatkan rawatan perubatan terbaik yang sepatutnya ANDA miliki?

ATAU,

Adakah ANDA masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk memenuhi keperluan perlindungan perubatan anda?


Sepintas lalu tentang A-MEDIK
  • Perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang MENYELURUH
  • Pilihan untuk melanjutkan perlindungan melangkaui pelan individu
  • Pakej KELUARGA dibenarkan
  • TIADA had seumur hidup
  • Perlindungan sehingga umur mencapai 99 TAHUN
  • Pilihan 5 pelan perubatan takaful yang MAMPU DIMILIKI

Kad perubatan yang prihatin tentang ANDA dan KELUARGA

Kami memahami bahawa perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang menyeluruh bukan untuk keperluan individu sahaja. Di AIA AFG Takaful Bhd. (AATB), fokus kami adalah TAKAFUL KELUARGA, oleh itu produk kami berorientasikan ciri-ciri KEKELUARGAAN di samping memenuhi keperluan mereka yang ANDA sayangi. Kami mahu memastikan kebajikan ANDA dan KELUARGA ANDA sentiasa terjamin, jadi kami berusaha untuk menyediakan pelan takaful yang terbaik bagi memenuhi keperluan perubatan dan kemasukan hospital anda. Temui ketenteraman fikiran apabila ANDA melindungi diri dan KELUARGA dengan A-Medik.


A-Medik direka khas bagi menyediakan pelbagai faedah yang dinyatakan di bawah:



Faedah-faedah perubatan dan kemasukan hospital

ANDA boleh memilih salah satu daripada lima pelan mampu milik dalam produk A-Medik iaitu; AM 150, AM 200, AM 250, AM 300 dan AM 350. Setiap pelan menawarkan perlindungan perubatan dan kemasukan hospital seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Faedah*.

Kami akan membayar faedah seperti disebut dalam Jadual Faedah sekiranya ANDA diwadkan di hospital, menjalani pembedahan dan / atau mendapatkan rawatan kecemasan pesakit luar akibat hilang upaya, tertakluk kepada faedah pelan yang berkenaan dan had yang telah ditetapkan dalam Jadual Faedah:



A-Medik menyediakan 5 pakej :

1) Pakej Individu
2) Pakej Suami Isteri
3) Pakej Suami & Anak - anak
4) Pakej Isteri & Anak - anak
5) Pakej Sekeluarga (4 orang anak)
(Satu keluarga = Suami + Isteri + Anak-Anak. 1 Polisi, 1 Keluarga, 1 Kadar Bayaran)

Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.