A-MAS Pelan Perlindungan dan Berkaitan Pelaburan

 
Perlindungan dan kewangan anda perlu diubah apabila anda melalui tahap kehidupan yang berbeza. Memperkenalkan A-Mas, pelan perlindungan takaful berkaitan-pelaburan (ILT) caruman tetap yang menyediakan perlindungan takaful yang komprehensif melalui pelbagai jenis faedah. Ini akan membantu anda menguruskan perubahan dan ketidaktentuan dalam setiap tahap kehidupan anda. Pelan ini juga akan membantu anda untuk mengumpul pendapatan anda dengan mudah dalam tempoh jangka panjang. Selain itu, ia menawarkan fleksibiliti pelaburan di mana anda dibenarkan untuk memilih dana pelaburan syariah sesuai dengan risiko anda sendiri.

Apakah itu A-Mas?
A-Mas adalah pelan ILT caruman tetap yang menawarkan kombinasi yang terdiri daripada perlindungan takaful dan pelaburan. Pelbagai jenis faedah yang boleh dipilih dengan melampirkan bersama pelan takaful berkaitan-pelaburan bagi menambahkan perlindungan takaful.

Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
  • Faedah kematian
    • Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah yang dilindungi dan Nilai Akaun akan dibayar.  
  •  Faedah hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) 
    • Apabila anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, anda akan menerima bayaran hilang upaya dalam jumlah sekali gus yang didahulukan daripada 100% amaun perlindungan TPD atau 10% daripada amaun perlindungan TPD dalam setiap dua tahun pertama, diikuti dengan baki 80% lagi dalam tahun ketiga, bergantung pada jenis hilang upaya itu.
  • Faedah Kematangan 
    • Jika sijil masih berkuatkuasa dan orang dilindungi masih hidup pada tarikh matang maka Nilai Akaun akan dibayar.
  • Dua tahun Perlindungan Berterusan 
    • Sijil ini akan memberi perlindungan yang berterusan selama 2 tahun yang pertama sijil jika Nilai Akaun tidak mencukupi untuk membayar Caj Tabarru‘ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.
 Sekiranya berminat anda boleh dapatkan Free Quotation melalui saya di sini.

No comments:

Post a Comment